Sambutan Ambang Kemerdekaan anjuran Pusat Internet 1Malaysia Kg Darul Islam Belimbing dengan kerjasama JKKK Kg Darul Islam Belimbing dan Jabatan Penerangan bahagian kuching & samarahan pada malam 31 Ogos 2016. Objektif program ini adalah memberi galakkan kepada golongan muda dalam menerapkan semangat patriotik dalam kalangan generasi muda terhadap hari kemerdekaan sekaligus dapat membuktikan bahawa perpaduan kaum dapat dipupuk dan disuburkan melalui sambutan hari ulang tahun kemerdekaan negara. Antara aktiviti yang diadakan pada malam tersebut ialah : 

 

v   Ceramah yang bertajuk "Hayatilah Kemerdekaan" Disampaikan oleh Pegawai Penerangan bahagian kuching dan samarahan En. Abdul Aziz Bin Abdul Rahman.

v   Bacaan Ikrar

v  Persembahan Koir Daripada Pelajar Sekolah Rendah

v  Penyampaian Hadiah Untuk Mini Program Kemerdekaan

v  Pertandingan Motosikal Berhias

v  Konvoi Merdeka