1. S: Apakah yang dimaksudkan dengan Pusat Ekonomi Digital (PEDI) 2013?
   

J: Pusat Ekonomi Digital (PEDI) di bawah Bajet 2013 merupakan satu program di mana pihak SKMM akan menyediakan capaian internet jalur lebar secara kolektif di 100 buah kawasan Program Perumahan Rakyat terutamanya di bandar-bandar besar terpilih di seluruh negara.Program ini akan dibiayai dari dana Pemberian Perkhidmatan Sejagat (Universal Service Provision) selama 3 tahun.

 
 
  2. S: Bilakah Pusat Ekonomi Digital (PEDI)  akan dilaksanakan?
     

J: Pelaksanaan adalah secara berperingkat mulai tahun 2013. 

 
 
  3. S: Bagaimanakah cara untuk saya memohon Pusat Ekonomi Digital (PEDI) di kawasan saya?
   

J: Pemilihan lokasi PEDI adalah berdasarkan kepada tinjauan dan lawatan tapak mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh SKMM dengan kerjasama agensi Kerajaan pusat dan negeri yang berkaitan.

Perlantikan pemberi perkhidmatan bagi melaksanakan PEDI  adalah melalui proses tender terbuka kepada pemegang-pemegang lesen di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM 1998).

 
 
  4. S: Bagaimanakah kaedah pelaksanaan projek Pusat Ekonomi Digital (PEDI) ?
    J: Proses pelaksanaan  PEDI adalah melalui kaedah tender terbuka mengikut peraturan-peraturan Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP). Sila rujuk www.skmm.gov.my dari semasa ke semasa bagi pemberitahuan tender.   
 
  5. S: Adakah terdapat syarat-syarat khusus untuk membida projek Pusat Ekonomi Digital (PEDi) ?  Adakah orang awam boleh memohon untuk membuka Pusat Ekonomi Digital (PEDi)  ini?
    J: Pihak pembida hendaklah merupakan pemegang lesen Pemberi Perkhidmatan Rangkaian Individu (NSP(I)),Pemberi Perkhidmatan Kemudahan Rangkaian Individu (NFP(I)) dan Pemberi Perkhidmatan Aplikasi Kelas (ASP(C)) di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Sila rujuk kepada Bahagian Pelesenan SKMM untuk keterangan lanjut.  
 
  6. S: Apakah kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di Pusat Ekonomi Digital (PEDI)?
    J: Perkhidmatan yang disediakan adalah capaian internet jalur lebar berkelajuan tinggi, perkhidmatan Wi-Fi bagi capaian penduduk sekitar, kemudahan IT terkini seperti 20 buah komputer dan perisian, perkhidmatan faks, pencetak, program latihan ICT dan pembangunan modal insan dan aktiviti berkaitan yang akan diuruskan oleh pengurus dan pembantu pengurus.  
 
  7. S: Siapakah yang boleh mengunjungi Pusat Ekonomi Digital (PEDI)?
   

J: Penggunaan PEDI adalah terbuka kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira usia.

 
 
  8. S: Dimana PEDI terdekat yang saya boleh mendaftar sebagai ahli?
    J: Pihak tuan/puan boleh merujuk kepada senarai Pusat Ekonomi Digital (PEDi)  yang beroperasi di seluruh negara di laman web berikut :- http://www.skmm.gov.my/skmmgovmy/files/attachments/USP_REGISTER_Final_6_July_2011.pdf 
Untuk keterangan lanjut, sila berhubung dengan Pejabat Wilayah SKMM yang berdekatan.
 
 
  9. S: Adakah saya perlu mendaftar untuk menggunakan kemudahan di Pusat Ekonomi Digital (PEDI)?
      J: Pengguna digalakkan untuk mendaftar sebagai ahli PEDI bagi menikmati kadar yang lebih murah bagi setiap kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan.  
         
  10. S: Adakah saya akan dikenakan caj sekiranya menggunakan kemudahan atau perkhidmatan yang disediakan di Pusat Ekonomi Digital (PEDI) ?  
      J: Terdapat kemudahan dan perkhidmatan yang dikenakan dengan kadar caj yang rendah dan berpatutan.  
         
  11. S: Saya berminat untuk mengikut program latihan ICT di Pusat Ekonomi Digital (PEDI). Berapakah kadar yang dikenakan bagi setiap program latihan?  
      J: Tiada bayaran akan dikenakan ke atas setiap program latihan yang disediakan. Anda dinasihatkan untuk berhubung dengan pengurus PI yang berhampiran untuk keterangan lanjut.  
         
  12. S: Apakah perbezaan di antara Pusat Ekonomi Digital (PEDI) dengan cybercafe sediada?  
     

J: Setiap penggunaan komputer PEDI  adalah dipantau oleh Sistem Pemantauan Berpusat dan pengurus bagi memastikan tiada sebarang penyalahgunaan. Selain itu, terdapat juga kempen kesedaran dan panduan penggunaan internet kepada pengguna.

       

Sumber : http://pi1m.skmm.gov.my/PJL_FAQ.htm