LATAR BELAKANG CALON

Nama : Azman bin Abdul Rahman

Tarikh Lahir : 30 Januari 1971

Umur : 47 Tahun 

Pekerjaan : Buruh

Pendidikan : Sekolah Menengah

1. Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Sebelum penglibatan Encik Azman dengan PI, beliau tidak mengetahui tentang cara-cara penggunaan Micrososft Office dan kurang kesedaran akan kepentingan dan fungsi Microsoft Office dalam membuat kerja dan juga penggunaan Internet dalam mencari maklumat. Selain itu, beliau juga kurang mahir mengenali fungsi-fungsi setiap komponen dalam komputer.

2. Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Melalui latihan dan bengkel yang diadakan di PI, Encik Azman kini mengetahui lebih banyak cara dan kegunaan Microsoft Office. Selain itu, kini beliau lebih mahir menggunakan internet. Internet membekalkan pelbagai ilmu pengetahuan yang berguna untuk dibaca dan diamalkan dalam kehidupan seharian.

Disamping itu, kebaikan internet ialah membolehkan beliau mendapat apa sahaja maklumat tentang pelajaran dengan hanya di hujung jari sahaja tanpa perlu bersusah payah untuk pergi ke perpustakaan dan dalam masa yang sama mampu menjimatkan masa. Hanya dengan menaip tajuk yang berkaitan, enjin carian yang dipelajari akan mencadangkan beberapa puluh laman sesawang yang membincangkan tajuk yang berkaitan. Selain itu, melalui pembelajaran beliau tentang asas media sosial di PI, beliau serba sedikit tahu penggunaan aplikasi seperti Facebook, Instagram, Whatsapp dan lain-lain aplikasi.

3. Apa yang Telah Dipelajari Melalui PI

  1. Mempelajari penggunaan komputer
  2. Mempelajari tentang perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat dan mendapatkan maklumat
  3. Penguasaan aplikasi media sosial

4.  Bagaimana PI membantu meningkatkan tahap kemahiran ICT

  1. PI membimbing menggunakan asas komputer dan teknologi maklumat
  2. PI turut membimbing penggunaan internet dengan baik
  3. PI mengajar cara penggunaan Software dengan lebih mudah dan senang difahami
  4. PI memberi nota secara visual agar mudah difahami

Gambar Disini