LATAR BELAKANG CALON :

Nama : Fairus Bin Shahidan

Tarikh Lahir : 10 Julai 2008

Umur : 11 Tahun

Pekerjaan : Pelajar

Pendidikan : Sekolah Rendah St Edward Belimbing Padawan

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Sebelum penglibatan dengan PI, beliau tidak mengetahui tentang cara-cara penggunaan Microsoft Office dan kurang kesedaran akan kepentingan dan fungsi Microsoft Office dalam membuat kerja dan juga penggunaan Internet dalam mencari maklumat. Selain itu, beliau juga kurang mahir mengenali fungsi-fungsi setiap komponen dalam komputer.

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Namaun, setelah mengikuti pelbagai jenis latihan dan bengkel yang diadakan di PI, beliau kini mempunyai penguasaan dalam Microsoft Office. Selain iyu, kini beliau juga lebih mahir menggunakan internet. Internet membekalkan pelbagai ilmu pengetahuan yang berguna untuk dibaca dan diamalkan dalam kehidupan seharian. Disamping itu, kebaikan internet ialah membolehkan beliau untuk mengakses maklumat tentang pelajaran dengan hanya di hujung jari sahaja tanpa perlu bersusah payah untuk pergi ke perpustakaan dan dalam masa yang sam mampu menjimatkan masa. Hanya dengan menaip tajuk yang berkaitan, enjin carian yang dipelajari akan mencadangkan beberapa puluh laman sesawang yang membincangkan tajuk yang berkaitan. Selain itu, melalui aplikasi pembelajaran yang diperkenalkan juga turut memberi galakkan kepada beliau untuk mendalami lebih banyak ilmu ICT sebagai persediaan untuk melangkah ke sekolah menengah nanti.

 Apakah yang Telah Dipelajari Melalui PI

     1. Mempelajari cara menggunakan Microsoft Word.

     2. Mempelajari cara menggunakan Microsoft Power Point.

     3. Mempelajari asas menaip dengan cara yang betul.

     4. Mempelajari cara membangunkan emel dan penggunaannya.

     5. Mempelajari cara menyunting video dengan lebih baik.

Bagaimana PI membantu meningkatkan tahap kemahiran ICT

 1. PI membantu memberikan latihan mengenai asas ICT seperti pengenalan asas komputer.

 2. PI juga membantu dalam pengenalan dan penggunaan perkakasan-perkakasan komputer.

 3. PI membantu dalam memberikan maklumat mengenai penggunaan komputer dengan betul.

 4. PI membimbing asas komputer dan teknologi maklumat.

 5. PI banyak memberikan informasi yang berguna tentang etika dan tanggungjawab sebagai pengguna komputer seperti dalam kelas Klik Dengan Bijak (KDB)

  6. PI juga membantu cara untuk mencari dan mendapatkan maklumat dengan betul dan pantas di internet.

Gambar Disini