LATAR BELAKANG CALON :

Nama : Mohd Elzam Bin Hussien

Umur : 12 Tahun

Pekerjaan : Pelajar

Pendidikan : Sekolah Rendah St Edward Belimbing Padawan

1. Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PEDi

Sebelum melibatkan diri dalam bengkel beliau tidak mengetahui tentang cara-cara pengunaan Microsoft office dan kurang sedar akan kepentingan dan fungsi Microsof office  dalam membuat kerja dan juga penggunaan Internet dalam mencari maklumat dan membuat tugasan diberikan. Sebelum ini Adik Mohd Elzam  tidak berapa mahir dalam penggunaan internet dan juga MS Office dalam mencari maklumat, membaca berita dan isu-isu semasa serta melakukan kerja-kerja yang melibatkan Microsoft Office. Beliau juga tidak beberapa mahir tentang cara-cara penggunaan komputer dalam memudahkan kerja seharian dan sebagainya.

2. Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PEDi

Melalui latihan yang diadakan di Pi, Adik Mohd Elzam kini boleh menyelesaikan tugas dengan mudah. Beliau juga mengetahui lebih banyak cara dan kegunaan Microsoft serta boleh membuat pelbagai slide serta mengedit tugasan yang di berikan kepada beliau dan tahu komponen-komponen komputer. Selain itu, kini adik Mohd Elzam  lebih mahir menggunakan internet. Internet membekalkan pelbagai ilmu pengetahuan yang berguna untuk dibaca dan diamalkan dalam kehidupan seharian.

Selain itu, antara kebaikan internet ialah membolehkan kita mendapat apa sahaja maklumat yang diingini dengan menggunakan enjin carian google,yahoo dan sebagainya tanpa perlu bersusah untuk pergi ke perpustakaan dan dalam masa yang sama mampu menjimatkan masa. Dengan menaip tajuk yang berkaitan, enjin carian ini akan mencadangkan beberapa puluh laman sesawang yang membincangkan tajuk yang berkaitan..

3. Apakah yang Telah Dipelajari Melalui PEDi

     1. Mempelajari cara menggunakan Microsoft Word.

     2. Mempelajari cara menggunakan Microsoft Power Point.

     3. Mempelajari asas menaip dengan cara yang betul.

     4. Mempelajari cara membangunkan emel dan penggunaannya.

     5. Mempelajari cara menyunting video dengan lebih baik.

4. Bagaimana PI membantu meningkatkan tahap kemahiran ICT

   1. PI membantu memberikan latihan mengenai asas ICT seperti pengenalan asas komputer.

    2. PI juga membantu dalam pengenalan dan penggunaan perkakasan-perkakasan komputer.

    3. PI membantu dalam memberikan maklumat mengenai penggunaan komputer dengan betul.

    4. PI mengadakan kelas pembangunan video dan multimedia.

   5. PI banyak memberikan informasi yang berguna tentang etika dan tanggungjawab sebagai pengguna komputer seperti dalam kelas Klik Dengan Bijak (KDB)

    6. PI juga membantu cara untuk mencari dan mendapatkan maklumat dengan betul dan pantas di internet.