LATAR BELAKANG CALON :

Nama : Nur Amysha Balqis Bin Abdullah

Tarikh Lahir : 16 Januari 2006

Umur : 12 Tahun

Pekerjaan : Pelajar

Pendidikan : Sekolah Rendah St Edward Belimbing Padawan

1. Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Sebelum penglibatan adik Balqis dengan Pi, beliau tidak mengetahui tentang cara - cara penggunaan Microsoft office dan kurang kesedaran akan kepentingan dan fungsi Microsoft office dalam membuat kerja dan penggunaan internet dalam mencari maklumat dan membuat tugasan diberikan. Sebelum ini adik Balqis juga tidak berapa mahir dalam penggunaan internet dan juga Microsoft office dalam mencari maklumat, membaca berita dan isu - isu semasa serta melakukan kerja - kerja yang melibatkan Microsoft office. Beliau juga kurang mahir mengenali fungsi fungsi setiap komponen dalam komputer.

2. Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Melalui latihan yang diadakan di Pi, adik Balqis kini boleh menyelesaikan tugas dengan mudah. Beliau juga mengetahui lebih banyak cara dan kegunaan Microsoft serta boleh membuat pelbagai slide dan mengedit tugasan yang diberikan kepada beliau. Selain itu, kini adik Balqis lebih mahir menggunakan internet. Internet membekalkan pelbagai ilmu pengetahuan yang berguna untuk dibaca dan diamalkan dalam kehidupan seharian. Selain itu, antara kebaikan internet membolehkan beliau mendapat apa sahaja maklumat tentang pelajaran dengan hanya di hujung jari sahaja tanpa perlu bersusah payah untuk pergi ke perpustakaan dan dalam masa yang sama mampu menjimatkan masa. Hanya dengan menaip tajuk yang berkaitan, enjin carian yang dipelajari akan mencadangkan beberapa puluh laman sesawang membincangkan tajuk yang berkaitan.

3. Apakah yang Telah Dipelajari Melalui PI

     1. Mempelajari cara menggunakan Microsoft Word.

     2. Mempelajari cara menggunakan Microsoft Power Point.

     3. Mempelajari asas menaip dengan cara yang betul.

     4. Mempelajari cara membangunkan emel dan penggunaannya.

     5. Mempelajari cara menyunting video dengan lebih baik.

4. Bagaimana PI membantu meningkatkan tahap kemahiran ICT

   1. PI membantu memberikan latihan mengenai asas ICT seperti pengenalan asas komputer.

    2. PI juga membantu dalam pengenalan dan penggunaan perkakasan-perkakasan komputer.

    3. PI membantu dalam memberikan maklumat mengenai penggunaan komputer dengan betul.

    4. PI membimbing asas komputer dan teknologi maklumat.

    5. PI banyak memberikan informasi yang berguna tentang etika dan tanggungjawab sebagai pengguna komputer seperti dalam kelas Klik Dengan Bijak (KDB)

    6. PI juga membantu cara untuk mencari dan mendapatkan maklumat dengan betul dan pantas di internet.

Gambar Disini