Pusat Internet (PI) dahulunya dikenali sebagai Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) merupakan inisiatif kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama dan penyeliaan oleh Telekom Malaysia (TM) Berhad dan MSD Digital Intelligence Sdn Bhd. Program PI dilaksanakan dibawah program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP). Perlaksanaan PI ini telah dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2013. Projek PI merupakan kesinambungan dua projek jalur lebar kerajaan sebelum ini iaitu Projek Jalur Lebar Komuniti (PJK) dan juga projek Perpustakaan Jalur Lebar (PJL).

       Pusat Internet Kampung Darul Islam Belimbing yang merupakan salah satu daripada pusat internet yang telah ditubuhkan pada tahun 2016 yang akan beroperasi pada setiap hari kecuali cuti umum yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia dan dibuka kepada pengguna bermula pada jam 8.00 pagi sehingga jam 5.00 petang setiap hari bermula pada hari Isnin hingga Ahad. Perkhidmatan yang disediakan adalah capaian internet jalur lebar berkelajuan tinggi, perkhidmatan Kampung Tanpa Wayar bagi capaian penduduk sekitar, kemudahan IT terkini seperti 20 buah komputer dan perisian, pencetak, program latihan ICT dan pembangunan modal insan dan aktiviti berkaitan yang akan diuruskan oleh pengurus dan penolong pengurus yang telah di lantik sebagai petugas PI.

     Menerusi program PI, kerajaan berhasrat untuk membantu rakyat Malaysia berkeupayaan menggunakan Teknologi Informasi Dan Komunikasi (ICT). Pelbagai program latihan yang berteraskan ICT telah dianjurkan di setiap PI di seluruh negara. Hal ini kerana kerajaan berpendapat bahawa melalui program ini juga mereka dapat membantu meningkatkan sosio-ekonomi masyarakat terutamanya penduduk luar bandar. Misalnya Program Get Malaysian Business Online (GMBO) yang turut diperkenal semasa pembentangan belanjawan 2013. Dimana program ini bertujuan membantu lebih 50 000 usahawan mikro untuk menjalankan perniagaan atas talian. Terdapat pelbagai lagi program yang berkaitan telah dirancang yang bakal dilaksanakan oleh PI. Antaranya ialah Program Klik Dengan Bijak, 1 Citizen, Intel Learn Program selain daripada penyediaan internet dalam kadar bayaran yang rendah.